Penarikan Rezeki 4 Penjuru

RM190

Amalan ini merupakan amalan penderas rezeki yang mampu untuk menarik rezeki dari 4 penjuru kita yang mana akan menyebabkan kita mendapat rezeki yang tidak di sangka-sangka. Amalan ini telah di amalkan oleh alim-alim ulamak zaman dahulu yang melancarkan penarikan rezeki.

Description

RAHSIA MENARIK AMALAN KEREZEKIAN DARI 4 PENJURU REZEKI

Amalan ampuh Penderas Rezeki

Apa itu rezeki?  Persoalan yang bermain dalam minda anda, saya terangkan dulu apakah itu rezeki. Maksud rezeki adalah luas, maknanya terbahagi kepada banyak cabang. Ia bukan tertakluk kepada duit sahaja. Perkataan rezeki berasal daripada perkataan arab “rizq”, yang secara literalnya bermaksud “sesuatu yang diberikan atau dikurniakan”.

Allah, Yang Maha Pemberi rezeki yang mutlak. Dia memberi sesiapa sahaja rezeki-Nya. Sama ada umat Islam atau bukan Islam. Ia adalah refleksi kepada sifat Allah, iaitu Allah Maha Pengasih. Tetapi, hanya dengan sifat Allah yang memberi rahmat, ia hanya khas untuk umat Islam sahaja. Oleh sebab itu, hanya umat Islam yang terpilih peroleh rahmat Allah. Rezeki Sudah Ditetapkan … Rezeki anda telah ditetapkan sejak dari dalam perut ibu lagi.

TERDAPAT HADIS YANG MENERANGKAN MENGENAI REZEKI

Daripada Ibnu Mas’ud r.a. katanya, Rasulullah SAW meriwayatkan kepada kami dan ia adalah seorang yang benar serta dibenarkan, sabdanya:

“Sesungguhnya seorang kamu dihimpunkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari dalam bentuk setitis air, kemudian menjadi seketul darah selama itu kemudian sepotong daging selama itu. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu ditiupkan roh padanya dan diperintahkan dengan empat perkara iaitu ditulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan sama ada celaka atau bahagia ia.

Demi Allah yang tiada tuhan selainNya, sesungguhnya seorang kamu benar-benar akan beramal dengan amalan ahli syurga sehingga jarak antaranya dengan syurga hanyalah sehasta, lalu ketentuan mendahuluinya. Maka dia beramal dengan amalan ahli neraka lalu ia memasukinya. Dan sesungguhnya seorang kamu benar-benar beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka hanyalah sehasta lalu ketentuan mendahuluinya maka dia beramal dengan amalan ahli syurga lalu ia memasukinya.”

(HR Bukhari dan Muslim)

Dari hadis ini terbuktilah yang rezeki untuk setiap makhluk Allah itu ada, terutamanya manusia yang telah ditetapkan sejak di dalam perut ibu kita lagi.