Description
ANDA SEORANG PENIAGA ATAU SEORANG JURUJUAL YANG MEMPUNYAI MASALAH PENJUALAN?
Sudah pasti pelbagai masalah anda alami terutamanya untuk menaikkan perniagaan anda ke tahap yang membanggakan. Berikut antara masalah yang selalu di alami oleh peniaga-peniaga pada zaman sekarang:
- Kedai tiada pelanggan sehingga hampir gulung tikar
- Tiada projek bertahun-tahun sehingga tiada pendapatan
- Produk tidak laris sehingga rugi ribuan ringgit
- Mencuba pelbagai perniagaan tetapi tidak berhasil sehingga rugi duit
- Susah untuk mendapatkan projek atau tender
Saya pasti ramai peniaga yang di luar sana mengalami masalah seperti diatas. Pasti anda buntu dan bingung untuk menyelesaikan masalah ini. Ingat… kita perlu mencari penyelesaian sebelum perniagaan anda lebih teruk. InsyaAllah Video Webinar Rezeki ini akan membantu anda
APA ITU HIZIB?
Hizib adalah kumpulan ayat-ayat Al-Qur’an, Dzikir, doa, munajat dan shalawat yang bersumberkan dari Al-Qur’an dan hadits Nabi Muhamad serta ilham yang diperolehi oleh para kekasih Allah yang disusun dengan tidak menggunakan hawa nafsu, untuk dapat di amalkan dan diharap keberkahannya bagi si pembaca. Tentunya hizib itu bersanad kepada nabi Muhammad. Baik melalui mimpi maupun perjumpaan yang nyata.
Manfaat dari pembacaan / pengamalan Hizib iaitu ada yang digunakan untuk pertahanan diri, ada yang berfungsi untuk melumpuhkan musuh yang berniat jahat, daya tarik, kewibawaan, aura positif, penarik rezeki dan sebagainya.
Amalan Hizib sangat berbeza dengan amalan-amalan lainnya. Terdapat pelbagai Amalan Hizib. Untuk mengamalkan sesebuah Hizib, harus memperhatikan tatacara atau aturan tertentu untuk mengamalkan dan memanfaatkannya. Tentunya tatacara tersebut berbeza antara guru yang satu dengan lainnya. Jadi jangan hairan jika ada hizib yang sama namun tata cara mengamalkannya berbeza.
Jika anda ingin mengamalkan sebuah hizib, ada beberapa perkara yang anda perlu diperhatikan agar boleh mendapatkan barokah dan manfaatnya akan benar-benar dapat dirasa:
- Untuk mendapatkan sebuah amalan hizib harus melalui ijazah secara langsung kepada seorang guru dan meminta bimbingannya secara langsung .
- Tidak diperbolehkan mengamalkan sebuah amalan hizib melalui buku, kitab atau apapun yang berupa catatan kecuali jika sudah mendapatkan ijazah dari guru. Jika demikian maka akibatnya akan menjadi teruk, bahkan boleh gila kerana tidak memahami amalan tersebut.
- Sebelum mengamalkan amalan hizib, hendaklah di fahami terlebih dahulu dengan bertanya kepada guru. Tanyakan fungsi, cara penggaliannya atau cara laku tirakatnya dan juga pantangannya.
Terdapat pelbagai Hizib, Salah satunya adalah HIZIB TIJARAH, Hizib Tijarah ini untuk Sebuah amalan yang fungsinya untuk melancarkan usaha dan juga sebagai pelarisan dalam perniagaan, mendapatkan projek atau tender, penarik pelanggan dan pelbagai lagi untuk memajukan perniagaan anda.