Selempang Merah

RM190

Keilmuan khas untuk Pertahanan Diri yang pernah di amalkan oleh orang-orang soleh semasa menentang Komunis pada darurat di Malaya dahulu.
.
Sejarah ilmu ini dari Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim dilahirkan di Tanjung Olak Panchur, Bukit Pasir, Muar, Johor pada tahun 1916. Masa mudanya banyak dihabiskan dengan menuntut ilmu daripada beberapa orang guru termasuklah guru di kampung isterinya, Hajah Esah Haji Abdul Rashid, di Ara Pasung, Pontian, Johor.
Antara guru-guru Haji Mohd Salleh ialah Haji Hussein (belajar agama dan al quran), Haji Alias, Haji Adam dan Haji Ahmad. Beliau juga turut belajar daripada Haji Abdul Fadhil bin Abu Bakar Bentan yang membawa ajaran Wirid Khaujakan di Johor selepas mendapat perkenan Sultan Ibrahim dan telah dilantik sebagai ketua kumpulan Wirid Khaujakan di Batu Pahat , Johor.
Haji Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Panglima Salleh atau “Kiai Salleh” atau “Panglima Salleh Selempang Merah” merupakan seorang pahlawan Melayu keturunan Banjar yang bangkit menentang kekejaman komunis semasa selepas kekalahan Jepun semasa Perang Dunia II.
Ustaz Hj. Shahrin Abdul Rahman juga merupakan salah seorang yang berguru dengan 2 orang guru yang berbeza kaifiat amalannya dan kedua-duanya ini memang berpengalaman hebat dengan Ilmu Amalan Selendang Merah atau Selempang Merah.
Guru pertama beliau adalah Tuan Guru Hj Hamzah Padang Kala, yang juga berguru dengan Kiyai Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim yang di terima dari pada guru Utama Kiyai Haji Abdul Fadhil bin Abu Bakar Bentan pada tahun 1977.
Guru kedua beliau adalah Tuan Guru Che Yaacob terima dari Pak Unggal Perak yang di terima  dari guru utama Haji Abdul Fadhil bin Abu Bakar Bentan pada tahun 2004.
 Selempang merah hanya simbolik untuk pengamal supaya si pemakai selempang merah yang telah didoakan itu mendapat perlindungan dari Allah SWT.
Category:

Description

RAHSIA AMALAN PERTAHANAN DIRI SELEMPANG/SELENDANG MERAH