Santau, Ramuan dan Penawar

RM60

Santau atau juga dikenali sebagai tuju-tuju, merujuk kepada sejenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh. Secara umum, santau dilakukan melalui dua cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin.

Santau secara fizikal biasanya meracun seseorang melalui makanan atau minuman. Makanan seseorang itu ditaruh miang buluh, kaca, bisa besi, dan lain-lain.

Bahan-bahan tersebut akan memasuki perut seseorang dan akan melukakan bahagian dalam perut. Musuh yang termakan racun santau ini akan muntah darah, lemah, pitam, malah boleh meninggal dunia. Terdapat juga jenis santau yang hanya perlu diletakkan pada baju atau kasut mangsa. Bagi santau jenis ini, serbuk kaca atau buluh akan menyebabkan rasa miang yang menyebabkan mangsa menggaru. Perbuatan ini akan melukakan kulit mangsa dan membolehkan bahan racun ramuan santau memasuki saluran darah, dengan itu meracun mangsa.

Santau angin lebih mistik iaitu dengan bacaan jampi tertentu dan dihembuskan ke arah musuh. Bahan yang dihembuskan seperti miang buluh atau serbuk kaca akan memasuki paru-paru mangsa dan mangsa akan mengalami pendarahan dalaman (dalam paru-paru).

Sekiranya Santau tidak dirawat dengan segera…keadaan akan menjadi lebih parah…sehingga boleh mengakibatkan maut.

Category:

Description

PARAHNYA TERKENA SANTAU… BAGAIMANA MERAWATNYA???