Rahsia Kekayaan Abdul Rahman Bin Auf

RM60

Abdul Rahman bin Auf terkenal sebagai seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang sanggup berkorban dan berjihad di jalan Allah s.w.t. Beliau sanggup menyumbangkan barang-barang keperluan yang dimuatkan di atas 700 ekor unta penduduk Madinah. Beliau juga menjual tanahnya dengan harga 40 ribu dinar dan membahagikan harta tersebut kapada kaumnya, isteri-isteri nabi dan fakir miskin.

Selain itu juga Abdul Rahman memberi sumbangan dari segi kewangan dan barangan ketika Perang Tabuk iaitu sebnyak 200 tahil emas, 500 ekor kuda perang dan dan 1500 ekor unta tunggangan. Begitu juga, kebaikannya terbukti apabila menyedekahkan 400 dinar kepada setiap bekas tentera Perang Badar yang masih hidup iaitu seramai 100 orang.

Abdul Rahman merupakan lambang kejayaan umat Islam di dalam bidang urusniaga dan perdagangan terutama ketika bidang ekonomi ketika itu dimonopoli oleh kaum Yahudi.

Namun, apakah Rahsia Kekayaan Abdul Rahman bin Auf?
Di antaranya adalah Amalan-amalan yang telah beliau lakukan dalam kehidupannya, yang mungkin anda belum ketahui.

Categories: ,

Description

Apakah Rahsia Sebenar Kekayaan Abdul Rahman bin Auf?