Dashyatnya Ayat 33

RM190

Ketahui Kaedah amalan ayat yang terkenal sebagai ayat 1000 guna dan ubat kepada pelbagai jenis penyakit termasuklah penyakit kusta, gila, sopak dan mati anggota (lumpuh). Dan insyaAllah pelbagai penyakit dengan amalan ayat Quran ini.

Menurut kitab yang juga ditulis oleh Al-Marhum Sahibus Samahah Al-Allamah As-Syeikh Haji Ahmad Bin As-Syeikh Haji Muhammad Said r.a., (ayahanda kepada Almarhum Tuan Guru Syeikh Muhammad Paiz Pondok Rasah) Tuhfatul Auton Wal Ikhwan Fi Zikri Ba’dil Azkar Wal Aurad Wal Ad’iyyah Allati Tata’allaqu Bil Auqot Wal Azman, ayat 33 ini juga dikenali sebagai ayat Hirz dan ayat Hirs.

Menurut beliau, ayat 33 ini diriwayatkan oleh Abdullah Ibnu Umar R.A. yang menyatakan barang siapa membacanya pada malam hari, tiada mudarat kepadanya oleh binatang-binatang buas dan pencuri yang menganiayai, serta disihatkan dan dilindungkan dirinya, ahli keluarganya dan harta bendanya, sehingga ke pagi.

Yang dimaksudkan ayat 33 ini adalah 33 ayat-ayat terpilih daripada Al-Quran Al-Karim. Ayat-ayat ini dinyatakan dan digunakan sendiri oleh Nabi Muhammad SAW seperti yang dinyatakan di dalam hadith-hadith.

Ubai bin Kaab R.A. meriwayatkan “Sewaktu kami bersama Rasulullah S.A.W datang seorang Badwi kepada baginda dan berkata “Ya Rasulullah, saya ada saudara yang ditimpa penyakit. “Baginda bertanya: “Penyakit apa?” Jawabnya ” Sejenis penyakit gila”. Rasulullah meminta orang itu membawa saudaranya, lalu baginda membaca ayat2 di atas. Kemudian orang sakit itu pun bangun dan pergi dari situ, penyakitnya telah hilang. ( Kanzul Ummal Jilid 1 m.s. 212 )

Hadith sahih mengenai amalan ini terdapat dalam kitab Hayatus Sahabah (Jilid 3 mukasurat 374) karangan As-Syeikh Al-Kabir Maulana Yusuf r.a. dan dikeluarkan oleh Imam Ahmad, Al-Hakim dan At-Tirmizi.

Anda akan terus dipimpin oleh KI HJ SHAHRIN ABDUL RAHMAN, seorang yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam rawatan islam. Sanad amalan ini adalah dari Sheikh Khalid Sheikh Ibrahim.

Inilah masanya untuk menjadikan anda sebagai asbab penyembuhan dan penyelamat diri dan keluarga. InsyaAllah.

Kelebihan lain dalam pengamalan ayat 33:
1) Menyelesaikan banyak hajat
2) Melindungi diri dari serangan makhluk halus
3) Melindungi diri dari serangan sihir
4) Melindungi diri dari serangan santau
5) Memusnahkan musuh
6) Melariskan perniagaan
7) Mewujudkan Daya Pengasihan
8) Mewujudkan Jiwa berani spt singa yang garang
9) Membuat pemagaran rumah, premis, kebun dll dari kecurian atau pengkhianatan.
10) Meningkatkan Kekuatan Rohani
11) Membuka Gerak Rasa Bathin
12) Melemahkan musuh secara jarak jauh
13) Menghapuskan ilmu jahat musuh atau lawan secara jarak jauh
Dan banyak lagi kelebihannya.

Description

MEMBONGKAR RAHSIA KEDAHSYATAN AYAT 33!!!

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Dashyatnya Ayat 33”

Your email address will not be published. Required fields are marked *