Koleksi Video Tarikan Rezeki

“RAHSIA TARIKAN REZEKI MELIMPAH RUAH, DENGAN AMALAN KEROHANIAN YANG AMPUH “

Apa itu rezeki?  Persoalan yang bermain dalam minda anda, saya terangkan dulu apakah itu rezeki. Maksud rezeki adalah luas, maknanya terbahagi kepada banyak cabang. Ia bukan tertakluk kepada duit sahaja. Perkataan rezeki berasal daripada perkataan arab “rizq”, yang secara literalnya bermaksud “sesuatu yang diberikan atau dikurniakan”.

Allah, Yang Maha Pemberi rezeki yang mutlak. Dia memberi sesiapa sahaja rezeki-Nya. Sama ada umat Islam atau bukan Islam. Ia adalah refleksi kepada sifat Allah, iaitu Allah Maha Pengasih. Tetapi, hanya dengan sifat Allah yang memberi rahmat, ia hanya khas untuk umat Islam sahaja. Oleh sebab itu, hanya umat Islam yang terpilih peroleh rahmat Allah. Rezeki Sudah Ditetapkan … Rezeki anda telah ditetapkan sejak dari dalam perut ibu lagi.

TERDAPAT HADIS YANG MENERANGKAN MENGENAI REZEKI

Daripada Ibnu Mas’ud r.a. katanya, Rasulullah SAW meriwayatkan kepada kami dan ia adalah seorang yang benar serta dibenarkan, sabdanya:

“Sesungguhnya seorang kamu dihimpunkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari dalam bentuk setitis air, kemudian menjadi seketul darah selama itu kemudian sepotong daging selama itu. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu ditiupkan roh padanya dan diperintahkan dengan empat perkara iaitu ditulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan sama ada celaka atau bahagia ia.

Demi Allah yang tiada tuhan selainNya, sesungguhnya seorang kamu benar-benar akan beramal dengan amalan ahli syurga sehingga jarak antaranya dengan syurga hanyalah sehasta, lalu ketentuan mendahuluinya. Maka dia beramal dengan amalan ahli neraka lalu ia memasukinya. Dan sesungguhnya seorang kamu
benar-benar beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka hanyalah sehasta lalu ketentuan mendahuluinya maka dia beramal dengan amalan ahli syurga lalu ia memasukinya.”

(HR Bukhari dan Muslim)

Dari hadis ini terbuktilah yang rezeki untuk setiap makhluk Allah itu ada, terutamanya manusia yang telah ditetapkan sejak di dalam perut ibu kita lagi.


TAHUKAH ANDA ALLAH MEMBERIKAN KITA REZEKI DENGAN 4 CARA MENURUT AL-QURAN

Semua orang tahu rezeki yang Allah berikan tidak terhad kepada harta benda sahaja malah termasuklah kesihatan, kebahagiaan dan jiwa yang tenang. Anda selalu fikirkan tentang rezeki yang kurang atau sempit, sentiasa ada masalah seperti kewangan, kesihatan, kebahagiaan atau sebagainya, kami ingin kongsikan anda 4 cara Allah memberikan rezeki kepada kita

1: Rezeki yang dijamin oleh Allah

“Tidak suatu binatang pun (termasuk manusia) yang bergerak diatas bumi ini yang tidak dijamin oleh Allah rezekinya.”  (QS. Hud: 6)

Ertinya Allah akan memberikan kesihatan, makan, minum untuk seluruh makhluk hidup di dunia ini. Setiap makhluk di dunia ini Allah telah jamin rezekinya sama ada sikit atau banyak kita hendaklah bersyukur.

2: Rezeki Hasil Dari Usaha yang dilakukan

“Dan bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya” (Surah An-Najm:39)

Ini menunjukkan Allah akan memberikan rezeki dengan usaha yang telah makhluknya lakukan. Sebagai contoh, jika anda bekerja dua jam, dapatlah hasil yang dua jam. Jika kerja lebih lama, lebih rajin, lebih berilmu, lebih sungguh-sungguh, ia akan mendapat lebih banyak. Tidak kira sama ada orang Islam atau tidak. Maka berusahalah untuk anda mendapat rezeki lebih yang Allah janjikan.

3: Rezeki lebih bagi orang-orang yang pandai bersyukur

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”(Surah Ibrahim:7)

Rezeki ini Allah berikan kepada umatnya yang di sayanginya iaitu orang-orang yang bersyukur dan dapat merasakan kasih sayangNya. Itulah Janji Allah! Orang yang pandai bersyukurlah dapat hidup bahagia, sejahtera dan tenteram. Usahanya akan sangat berjaya kerana Allah pasti akan memberikanya lebih banyak Rezeki.

4: Rezeki yang tidak di sangka-sangka

“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu” (Surah At-Thalaaq: 2 -3)

Rezeki ini akan diberikan Allah kepada hamba-Nya yang bertakwa. Allah SWT berikan rezeki ini kerana kecintaan Allah SWT kepadanya. Tidak semua orang akan mendapat rezeki ini dengan mudah anda perlu banyakkan amalan dan bertakwa kepada Allah serta banyak berdoa untuk mendapatkannya.

Kami pasti 4 cara Allah berikan salah satunya pasti anda pernah rasakan betul tak?

Namun pelbagai cara juga kita lakukan untuk mengubah nasib kita. Kita perlu ingat terdapat 2 ikhtiar yang kita tidak pernah lupa iaitu, ikhtiar Bumi dan Ikhtiar Langit.

Sebenarnya kita tidak perlu risau dengan rezeki kerana rezeki untuk setiap seorang dari kita telah ditetapkan.

Kami pasti ramai di antara anda mahukan cara ke 4 untuk mendapatkan rezeki iaitu rezeki yang tidak disangka-sangka.

Tapi bagaimana?

Pernah terjadi pada anda?

Nak tahu rahsia bagaimana nak dapatkan rezeki yang tidak di sangka-sangka ini?

Pelajari ilmu-ilmu amalan kerohanian untuk menjemput Rezeki yang melimpah tanpa henti.

Terdapat beberapa ilmu mujarab dan ampuh yang harus anda amalkan untuk mencapai apa yang anda hajatkan…

VIDEO 1:

AMALAN RAHSIA LEDAKAN REZEKI

KELEBIHAN AMALAN RAHSIA LEDAKAN REZEKI?

VIDEO 2:

AMALAN RAHSIA BEBAS HUTANG

Sabda Nabi SAW:

“Barangsiapa yang berhutang kepada orang, lantas berkehendak untuk membayarnya, maka Allah akan permudahkan jalannya
untuk melunaskannya. Barangsiapa yang berhutang dengan tujuan tidak membayarnya, maka Allah akan membinasakannya.”

(Hadis Riwayat Bukhari)

Bayangkan betapa AMANnya hidup, jika hutang dapat dilunaskan dengan segera. MasyaAllah.

Ada Kaedah melunaskan hutang yang MUDAH dengan Amalan Kerohanian, melalui 8 JURUS BEBAS HUTANG yang akan dikongsikan oleh Tuan Guru Ki HJ Shahrin Abd Rahman

VIDEO 3:

AMALAN REZEKI AGUNG KUBRO

ILMU REZEKI AGUNG KUBRO ADALAH AMALAN MEMBUKA KHAZANAH REZEKI LANGIT DAN BUMI. UNTUK PERNIAGAAN, MENAIKKAN JUALAN, REZEKI KEKAYAAN SERTA BOLEH MENUNAIKAN APA JUA HAJAT.

Ilmu Tingkat Tinggi yang besar dalam MERAIH kekuatan spiritual diri, keajaiban Bisnes, menjadi WIRAUSAHA, Melariskan perniagaan, Menambah Kekuatan Jualan, Menambah KEWANGAN dan KEREZEKIAN Yang Lebih Banyak, Lebih Deras Rezeki dengan Izin Allah. InsyaAllah.

:white_check_mark:Tingkatkan Aura Kekayaan, Kekuatan rezeki luar biasa
Ini merupakan ilmu KELAS TERTINGGI dalam mengapai Hajat REZEKI BESAR, PERNIAGAAN dan KEWANGAN. Sangat ampuh dan berkesan. Ia merupakan cara yang mujarab dan ampuh untuk menarik, melapangkan, mempermudahkan, melancarkan serta mempercepatkan datangnya rezeki dan wang, hajat besar, kekayaan dengan kaedah yang mudah, halal lagi berkat.

Amalan pilihan Istimewa
Amalan untuk kelancaran rezeki, ia mengandungi kalimah pembuka khazanah langit dan bumi serta kalimah istihghosah untuk membantu ikhtiar rezeki yang terdesak atau sangat diperlukan.

VIDEO 4:

AMALAN HIZIB TIJARAH

(PELARIS PERNIAGAAN)

HIZIB ini sangat terkenal kehebatan Dan keampuhannya kerana kelebihan Dan kesannya sangat besar. Tiada pantang larang atau apa2 syarat dalam mengamalkannya. Hanya dengan mendawamkan amalannya Tidak akan sedikit pun berkurangan PERTOLONGAN Dan KEKAYAAN yang Akan dikurnia Allah kepada pengamalnya. Kerana Dia ALLAH Al Ghaniyyu, Al Mughni, Ar Razzaaq, Ar Rahman, Ar Rahiim.

HIZIB TIJARAH kelebihannya agar Perniagaan Kita laku Dan maju. Hanya dibaca 41x setiap selesai Solat Isya’ secara Istiqamah InsyaAllah pasti LAKU Dan MAJU Perniagaannya. Rezeki datang tanpa salah alamatnya.

VIDEO 5:

AMALAN MIFTAHUL GHINA

(KUNCI PEMBUKA KEKAYAAN, ILMU WANG TARIK WANG)

Miftahul Ghina adalah ilmu hikmah yang memberikan hikmah atau manfaat yang sangat dahsyat untuk Anda menjadikan kekayaan Anda semakin banyak dan selalu bertambah. Kehidupan Anda Akan sejahtera serta berkelimpahan harta yang sangat banyak serta kesejahteraan Anda akan sangat luar biasa dan berkelimpahan. Ilmu ini sesuai dengan namanya, memang secara khusus Miftahul Ghina ini memberikan manfaat dan khasiat keberkatan dalam urusan harta dan kedudukan. Apabila Anda memiliki ilmu ini, bagi Anda yang sudah kaya raya, insya Allah kekayaan Anda akan sangat bertambah semakin banyak, usaha semakin maju, perniagaan Anda semakin lancar. Dan bagi Anda yang mungkin kekayaannya masih tergolong sederhana atau masih dalam kategori cukup-cukup makan. Insya Allah dengan berkat Ilmu Miftahul Ghina ini kekayaan Anda pun semakin banyak, selalu bertambah dan bertambah. Ilmu Miftahul Ghina ini belum ramai yang memilikinya. Bahkan di kalangan ahli hikmah sendiri hanya beberapa orang sahaja yang sudah memiliki ilmu ini. Kerana ilmu ini hanya akan diperolehi oleh orang yang terpilih sahaja dan tidak sewenang wenang diijazahkan. Namun sekarang demi kemanfaatan dan keberkatan yang lebih besar, maka saya terpanggil untuk memperturunkan ilmu Miftahul Ghina kepada anda semua. Ilmu ini memiliki keberkatan dalam mendatangkan kekayaan sebagaimana kekayaan yang dimiliki oleh Nabi Sulaiman a.s. Meskipun tentu sahaja, kita tidak mungkin mendapatkan sama seperti yang diperolehi oleh Nabi Sulaiman, dan para Nabi lainnya yang sangat kaya raya. Sebagai orang biasa, kita mendapatkan 1% dari kekayaan Nabi Sulaiman atau Nabi yang lain yang sangat kaya, sudah sangat besar nilainya dan mendapatkan kekayaan tujuh keturunan bahkan lebih. Dan selain kaya raya kehidupan juga tenteram damai serta bahagia penuh keberkahan hidup.

VIDEO 6:

PENARIKAN REZEKI 4 PENJURU ALAM

Suatu amalan yang ampuh dan terbukti keberkesanannya dalam melancarkan dan menarik rezeki adalah wirid asmaul husna. Asma’ ini bermaksud yang Lemah-lembut dan Kasih sayang kepada hambaNya. Di antara kurnia Allah yang halus dan tersembunyi ialah ketika bayi dalam perut ibunya dalam 3 kegelapan (iaitu dalam sarung,tempat peranakan,dalam perut).

VIDEO 7:

MEMBONGKAR RAHSIA YA LATIF

Zikir yang terbaik adalah yang mengagungkan Allah seperti Asmaul Husna. Kita mengenal ada 99 nama yang dimiliki Allah yang intinya mengagungkan dan membesarkan namaNya.

Namun ada rahsia di sebalik nama Allah, ada satu nama yang pasti anda akan terkejut dengan keagungan namanya, hanya dengan mengamalkannya inshaa Allah rezeki anda akan melimpah ruah. Namun ada cara terbaik yang perlu anda tahu untuk mengamalknnya. NAK TAHU RAHSIA YANG TERSEMBUNYI DI DALAM SALAH SATU NAMA ALLAH YA-LATIF?

VIDEO 8:

ILMU GENDAM WANG

Amalan Gendam Wang sebuah rahsia yang telah tersimpan sekian lamanya iaitu “Gendam Wang”. Melalui modul rahsia ini kami ungkap, cara mendapatkan wang secara ‘tiba-tiba’ serta cara memperoleh kekayaan tanpa bertentangan dengan ajaran agama. Yang jelas.. akan selalu beruntung dalam segala usaha yang kita tekuni. Fungsi doa gendam wang juga boleh untuk pelarisan usaha, rezeki menjadi lancar dan berkah. Setiap pekerjaan yang anda lakukan akan menjadi mudah dan lancar.

VIDEO 9:

RAHSIA KAYA RAYA DENGAN WAQIAH

Surah Al-Waqiah merupakan salah satu surah dari Al-Quran yang merupakan mukjizat terbesar dan mempunyai fadhilat yang sangat banyak. Surah Al Waqi’ah merupakan surah ke 56 pada juz ke 27 terdiri atas 96 ayat termasuk golongan surah Makkiyah. Surah ini dinamai dengan Al Waaqi’ah (Hari Kiamat), diambil dari perkataan Al Waaqi’ah yang terdapat pada ayat pertama.

Surah Al-Waqi’ah dikenal sebagai surat penuh barakah dan memiliki banyak khasiat serta keutamaan yang besar. Kebanyakkan antara kita ramai yang mengalami masalah kewangan, duit tidak cukup untuk menampung kehidupan. Sesiapa yang mempunyai kedudukan ekonomi yang sempit bacalah surah Al Waqi’ah untuk menolak kefakiran dan mendatangkan rezeki.

VIDEO 10:

RAHSIA KALIMAH HASBUNALLAH

Kalimah Hasbunallah merupakan salah satu ucapan terbaik kita sebagai hamba Allah yang sentiasa mengharapkan pertolonganNya. Terdapat rahsia-rahsia amalan yang ampuh untuk anda amalkan amalan dengan kalimah ini.

VIDEO 11:

AMALAN IBU KALIMAH TAHAP ASAS

Rahsia inti kekuatan ghaib hulubalang Melayu zaman silam didedahkan kepada anda yang berfungsi sebagai pendinding kepada segala niat. Anti pukulan, tikaman dan tembakan. Gertakan membuat lawan takut, lari dan lumpuh. Anda tidak perlu gentar setelah mewiridkannya kerana ilmu ini mampu dengan izin Allah swt menghindarkan anda dari dirompak, rogol atau culik. Boleh diisikan kepada benda dan orang atau apa sahaja yang diingini. Boleh merawat penyakit samada diri sendiri atau oraang lain, pemagaran ghaib,pasak bumi dan langit

VIDEO 12:

7 SIMPUL GHAIB KEREZEKIAN

Tahukan anda pada diri kita ada tersimpan 7 Simpul Ghaib yang boleh menjadi FOMULA untuk menarik REZEKI secara melimpah ruah dan menjadi anda seorang yang BERJAYA, KAYA RAYA DI DUNIA dan apatah lagi menjadi KAYA DI AKHIRAT???

Amalan Rahsia 7 Simpul Ghaib merupakan sesuatu yang dasyat! sesiapa sahaja yang memilikinya antara 1 daripada 7 amalan ini akan merasakan sendiri perubahan yang ketara dalam dirinya

kembali keatas